POT PET CIK DORAEMON

My photo
Bertemu di layar, berbicara di maya,bunga mawar semakin mekar, jiwa riang hati gembira.

Monday, August 29, 2011

detiknya merdeka raya

dengan ini diisytiharkan raya jatuh pada tanggal 30 OGOS 2011... YEHOOOOOOO!!! POM!POM!
HAAAAA kan dgar bunyi mercun,bunyi meriam,bunyi segala mcm bunyi ada...dgar je esok raya bukan main smua bakar duit hehe...

ape pun...raya tahun ni mmg best xterkata...setelah bercuti 4bulan...mmg mcm3 aku kerjakan umah ni...make up sna sni ckit...haa ada la dressing lain skit raya ni hehe...best kan??
so spa2 yg ada dkat cni maila raya umah...

tp apa yg buat raya tahun ni paling best...jeng jengjeng sbb dekat hari merdeka!!!
haa so apa lagi...conteng la umah dgn color bendera malaysia.hehe...baru cun kata org...

by the way...special day for my frenz sorang sbb besday dia 29th...buleh la sambut last day puasa dgn hepinya...lagi sorang plak esok raya- 30th kan...yg lg sorang plak tggu je...kan bling tepung on that day 31st..hehe

..............................................................................................

prepare for the best raya ni,bolehla jadi kenangan yg terindah kan3...teringat mcm masa kcik dlu :)

ape pun selamat hari raya maaf zahir batin.jgn lpa jgk...selamat hari merdeka ke -54 :) muahhhxxxx


Tuesday, August 9, 2011

bertelekung

telekung mnjadi satu benda yang wajib bagi setiap kaum hawa untuk menunaikan solat.

terdapat pelbagai jenis telekung yang terdapat di malaysia mahupun seantero dunia.

muslimah di serata dunia akan memilih jenis telekung plihan mereka mengikut citarasa ataupun keperluan mereka.



di sini saya sertakan beberapa laman sesawang yang boleh dilawati bg sesiapa pun yang berminat untuk mencari kain telekung pilihan hati...

http://asralenterprise.blogspot.com/2010/04/telekung-sulam-merah-menawan.html

http://www.cybercatalogshop.com/forum/forum/viewthread.php?forum_id=28&thread_id=13&rowstart=40

http://mymuslimah-dreams.blogspot.com/2008/09/telekung-travelling.html

http://withinbudget.blogspot.com/2010/01/telekung-sembahyang.html



walaupun org kata telekung je pun...tp ia penting untuk memastikan kita sentiasa bersih,kemas dan teratur ketika bertemu dengan Allah...

bersih itu sebahagian daripada iman :) selamat berpuasa ke-9 semua :)

Saturday, August 6, 2011

ramadhan kali ini

bercerita tentang episod ramadhan, kita sering kali kaitkan dengan ibadah berpuasa nya, solat tarawih, zakat, dan pling yang dirancang persiapan mnyambut hari raya.



soal kebesaran dan kelebihan mnjalani ibadah berpuasa dan melaksanakan ibadah di bulan ramadhan ini tidak lagi asing buat smua umat islam.

persoalan yg ingin saya kongsi bersama dengan readers blog ni tentang erti bersyukur

bersyukur...../
--------------

sebenarnya ibdah berpuasa di sebulan ini adalah ingin mngajar umat manusia supaya memahami erti nikmat rezeki kurniaan Allah dan bersyukur di atas segala pemberianNYA.

jika pada waktu sebelum ini kita hanya melihat dan memandang sinis pengemis di jalanan, dan tidak mengambil iktibar pada org yang fakir miskin. kepayahan mereka mncari sesuap nasi dan ikat perut untuk makan dan minum seharian perlu dihayati bersama.

seandainya kita mempunyai rezeki yang lebih pada hari ini, kita perlu rasa bersyukur kerana Allah mngurniakan rezeki yang melimpah ruah pada kita...namun jangan sesekali kita membuat perbandingan kerana kuantiti harta kita dengan orang lain.

makanlah sekadar untuk mengisi rasa lapar, minum lah sekadar mengisi rasa dahaga.
jangan terlalu tamak dan mngikut nafsu semata-mata.
bulan ramadhan ini penuh dengan sifat kesederhanaan...
maka jika semua umat Islam menghayati erti nikmat kesyukuran itu... seluruh umat manusia tidak akan lagi merasa tamak haloba, dengki mendengki dan saling bertelagah.

sama-sama kita hayati
..................................................................................