beware guys Dikeluarkan pada pukul 04:44PM, 21 Januari 2014 AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA UNTUK TEMPOH 72 JAM YANG AKAN DATANG Di Perairan Selat Melaka
SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat Kudat & Sandakan), WP Labuan & Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu, 25 Januari 2014.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Sabtu, 25 Januari 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Tawau, Semporna & Lahad Datu) dijangka berterusan sehingga Sabtu, 25 Januari 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat), WP Labuan & Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu & Miri) dijangka berterusan sehingga lewat malam, Selasa, 21 Januari 2014.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan), WP Labuan, Sarawak, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef South, Reef North, Palawan, Sulu & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Sabtu, 25 Januari 2014.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Sabtu, 25 Januari 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Tawau, Semporna & Lahad Datu), Phuket & Sulawesi dijangka berterusan sehingga Sabtu, 25 Januari 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat), WP Labuan, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu & Miri) & Reef South dijangka berterusan sehingga lewat malam, Selasa, 21 Januari 2014.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. Dikemaskini pada 21 Januari 2014, jam 04:44PM
No comments:
Post a Comment