POT PET CIK DORAEMON

My photo
Bertemu di layar, berbicara di maya,bunga mawar semakin mekar, jiwa riang hati gembira.

Saturday, August 6, 2011

ramadhan kali ini

bercerita tentang episod ramadhan, kita sering kali kaitkan dengan ibadah berpuasa nya, solat tarawih, zakat, dan pling yang dirancang persiapan mnyambut hari raya.



soal kebesaran dan kelebihan mnjalani ibadah berpuasa dan melaksanakan ibadah di bulan ramadhan ini tidak lagi asing buat smua umat islam.

persoalan yg ingin saya kongsi bersama dengan readers blog ni tentang erti bersyukur

bersyukur...../
--------------

sebenarnya ibdah berpuasa di sebulan ini adalah ingin mngajar umat manusia supaya memahami erti nikmat rezeki kurniaan Allah dan bersyukur di atas segala pemberianNYA.

jika pada waktu sebelum ini kita hanya melihat dan memandang sinis pengemis di jalanan, dan tidak mengambil iktibar pada org yang fakir miskin. kepayahan mereka mncari sesuap nasi dan ikat perut untuk makan dan minum seharian perlu dihayati bersama.

seandainya kita mempunyai rezeki yang lebih pada hari ini, kita perlu rasa bersyukur kerana Allah mngurniakan rezeki yang melimpah ruah pada kita...namun jangan sesekali kita membuat perbandingan kerana kuantiti harta kita dengan orang lain.

makanlah sekadar untuk mengisi rasa lapar, minum lah sekadar mengisi rasa dahaga.
jangan terlalu tamak dan mngikut nafsu semata-mata.
bulan ramadhan ini penuh dengan sifat kesederhanaan...
maka jika semua umat Islam menghayati erti nikmat kesyukuran itu... seluruh umat manusia tidak akan lagi merasa tamak haloba, dengki mendengki dan saling bertelagah.

sama-sama kita hayati
..................................................................................

No comments: