POT PET CIK DORAEMON

My photo
Bertemu di layar, berbicara di maya,bunga mawar semakin mekar, jiwa riang hati gembira.

Saturday, October 23, 2010

KU SAYANG DIRIMU episod 1


“Hello! Hello!”

“Mana ni...Tiba-tiba hilang pulak. Nanti orang merajuk baru tahu....ishk.”desis hati sukma imani. Fikirannya masih lagi melayang memikirkan ke mana hilangnya Riz Qhusyairi. Tiba-tiba menghilangkan diri. Terkilan rasanya di hati Sukma rupanya dia hanya beromongan kosong dan bersendirian.Dia kembali mengimbau kenangan di waktu dulu. Pertama kali bertemu dengan Riz Qhusyairi, lelaki yang berbadan tegap, anak mata berwarna coklat pekat,berbulu mata lentik, dari jauh mesti sesiapa pun pasti tidak lepas pandang. Pada dia buat apa layan lelaki yang menjadi pujaan orang ramai. Nanti susah saja nak hidup bersama. Lelaki yang mendapat restu ibu bapa, baik dan pandai mengambil hati sudah lengkap untuk menjadi lelaki idaman Sukma. Jalan masih lagi sesak. Entah mengapa tiba-tiba berlaku kesesakan lalu lintas. Tidak lama selepas itu, ambulans datang. “Oh, ada kemalangan rupanya. Patutla sesak je jalan malam ni. Beberapa minit kemudian, kesesakan beransur lancar. Kelihatan serpihan kaca kaca sebuah kereta wira berwarna hitam di bahu jalan. Tidak jauh dari situ,terdampar rangka motosikal yamaha.Sukma ratanya mengenali pemilik motosikal itu tapi tidak sempat untuk melihat no.plat. Agaknya tiada kematian yang berlaku, Cuma keadaan penunggang motosikal itu agak parah. Tiba – tiba hati Sukma Imani menjadi gelisah. Resah memikirkan sesuatu tapi entah melayang di awangan bayangan.

“huh, penat jugak hari ini. Sukma Imani menggapai tuala lalu pergi membersihkan dirinya. Seharian dia terlibat dengan aktiviti amal di Sik, Kedah. Letihnya tidak terkata. Badannya terasa lemah. Mata pun mula menutup tirai. Sekilas lalu dia melihat telefon bimbitnya. Tiada langsung pekabaran dari Riz Qhusyairi. Fikirannya melayang lagi. Jauh ke alam mimpi. “Sukma, cari Riz, tolong!”

“Riz!!!..huh mimpi rupanya. Ya Allah,kenapa dengan Riz. Apa yang dah jadi kepada dia?”

No comments: